Ramai rakyat Malaysia tak sedar mereka sebenarnya LAYAK menerima bantuan eWallet RM200 MADANI 2025. Ketahui cara semak kelayakan, tarikh penting, syarat terkini & cara tebus bantuan terus ke telefon anda.
Baca sekarang sebelum terlepas peluang keemasan ini! Ramai yang dah claim – anda bila lagi? Semak seger sebelum terlambat.
📢 Sertai Group WhatsApp Bantuan Terkini
Dapatkan info terkini mengenai bantuan kerajaan, bayaran STR, dan kemaskini MyKasih terus ke WhatsApp anda.
👉 Klik Sini Untuk Sertai SekarangPENTING! RAMAI TAK TAHU MEREKA LAYAK – SEMAK BANTUAN EWALLET RM200 MADANI 2025 SEKARANG!
Kerajaan MADANI terus memperkukuh jaringan keselamatan sosial rakyat menerusi inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Bermula April 2025, bantuan ini diperluas kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bukan eKasih, dengan pemberian kredit eWallet secara bulanan terus ke dalam MyKad.
Bantuan ini adalah tanpa tunai (cashless) dan boleh digunakan hanya untuk pembelian barangan keperluan asas di pasar raya dan kedai runcit berdaftar seluruh Malaysia. Pembayaran dilakukan menggunakan MyKad yang telah dikreditkan dengan nilai bantuan SARA.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EWALLET MADANI 2025
Berikut adalah syarat kelayakan penuh untuk menerima bantuan eWallet MADANI melalui MyKad tahun 2025:
Kategori Penerima | Status | Kelayakan |
---|---|---|
Isi Rumah, Warga Emas Tiada Pasangan, Bujang | STR + eKasih | Lulus SARA |
Isi Rumah, Warga Emas Tiada Pasangan | STR sahaja (bukan eKasih) | Lulus SARA |
Nota Penting:
Penerima mestilah warganegara Malaysia.
Status kelayakan STR perlu LULUS dan berdaftar di bawah kategori ditetapkan.
JUMLAH KREDIT BULANAN EWALLET MADANI DALAM MYKAD (2025)
Bantuan SARA dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad penerima mengikut kategori dan bulan seperti berikut:
A) PENERIMA STR & eKASIH
Kategori | Jan – Mac | Apr – Dis |
---|---|---|
Isi Rumah | RM100/bulan | RM200/bulan |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM100/bulan | RM150/bulan |
Bujang | RM50/bulan | RM50/bulan |
B) PENERIMA STR BUKAN eKASIH
Kategori | Apr – Dis |
---|---|
Isi Rumah | RM100/bulan |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM50/bulan |
CARA GUNA KREDIT EWALLET MADANI DALAM MYKAD
Langkah mudah untuk menggunakan bantuan kredit MyKad SARA di premis berdaftar:
Lawat pasar raya/kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program MyKasih.
Pilih barangan keperluan yang mempunyai label “Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih”.
Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan.
Juruwang akan imbas barangan mengikut kategori yang dibenarkan.
Buat bayaran menggunakan MyKad + PIN 6-digit.
Simpan resit sebagai bukti transaksi.
Pembelian melebihi baki atau barangan luar senarai SARA perlu dibayar secara tunai.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN EWALLET MADANI 2025
Anda boleh semak kelayakan secara dalam talian melalui 2 portal rasmi:
1. Portal MyKasih
Langkah-langkah:
Klik “Semak Status”
Masukkan 12-digit No. MyKad
Tekan “Semak Status”
Status kelayakan akan dipaparkan:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
2. Portal MySTR
📌 https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Langkah-langkah:
Klik “Semak Status”
Masukkan No. MyKad dan Log Masuk
Masukkan Kata Kunci Keselamatan
Status akan dipaparkan seperti:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
FAQ’s – SOALAN LAZIM EWALLET MADANI 2025
1. Adakah saya perlu mohon untuk bantuan ini?
Tidak perlu. Jika anda lulus STR 2025, bantuan SARA akan dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad jika anda layak.
2. Bolehkah saya guna bantuan ini untuk beli rokok atau minuman keras?
Tidak. Hanya 13 kategori barangan keperluan asas yang dibenarkan. Barangan lain tidak akan diluluskan di sistem.
3. Bila bantuan ini dikreditkan setiap bulan?
Kredit bantuan dimasukkan secara bulanan ke dalam MyKad bermula April 2025 hingga Disember 2025 (bergantung kategori).
4. Di mana saya boleh guna bantuan ini?
Hanya di kedai dan pasar raya berdaftar MyKasih. Anda boleh semak senarai lokasi di portal rasmi MyKasih.
RUJUKAN & MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda perlukan bantuan lanjut atau ada sebarang pertanyaan, hubungi:
📞 Talian Bantuan MyKasih:
(603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
📧 Emel: info@mykasih.com
JOIN GROUP INFO BANTUAN TERKINI! – KLIK DI SINI