[TERKINI] EWALLET RM200 DIKREDITKAN AUTOMATIK KE MYKAD ANDA 2026

Kredit RM200 sebulan kini dikreditkan terus ke MyKad anda secara automatik. Program ini dikenali sebagai SARA (Sumbangan Asas Rahmah) dan berfungsi seperti eWallet di dalam MyKad. Anda hanya perlu bawa MyKad ke kedai yang berdaftar untuk mula menggunakannya.

Namun, ramai penerima yang masih tidak tahu bahawa kredit ini sudah masuk. Ada yang tidak pasti cara nak guna. Artikel ini akan terangkan semuanya.

Berapa Jumlah Kredit eWallet MyKad 2026?

Kategori PenerimaKredit SebulanJumlah Setahun
Isi Rumah (eKasih)RM200RM2,400
Isi Rumah (Penerima STR)RM100RM1,200
Warga Emas Tiada Pasangan (eKasih)RM150RM1,800
Warga Emas Tiada Pasangan (STR)RM50RM600
Bujang (eKasih)RM100RM1,200
Bujang (STR)RM50RM600

Bonus: Semua warganegara Malaysia 18 tahun ke atas juga menerima kredit one-off RM100 (SARA Untuk Semua) yang telah dikreditkan pada 9 Februari 2026.

Macam Mana Kredit Ni Masuk?

Kredit dikreditkan secara automatik ke cip MyKad anda setiap bulan. Tidak perlu mohon, tidak perlu daftar semula. Jika anda penerima STR atau berdaftar dalam eKasih, kredit akan masuk secara automatik.

Tarikh mula pengkreditan:

  • 9 Januari 2026: Isi rumah dan warga emas
  • 16 Januari 2026: Bujang
  • Setiap bulan: Kredit dikemas kini secara bulanan

Cara Semak Baki eWallet MyKad

Cara 1: Laman Web Rasmi

Layari checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus dan masukkan nombor MyKad tanpa sengkang. Baki semasa akan dipaparkan.

Cara 2: Aplikasi MyKasih

Muat turun aplikasi MyKasih dari Google Play Store atau Apple App Store. Log masuk dan semak baki anda bila-bila masa.

Cara 3: Di Kedai

Apabila anda membuat pembelian di kedai yang berdaftar, baki semasa akan dipaparkan pada resit transaksi.

Cara Guna Kredit eWallet MyKad

  1. Pergi ke mana-mana kedai atau pasar raya yang berdaftar dengan MyKasih
  2. Pilih barangan keperluan asas yang dibenarkan
  3. Di kaunter, serahkan MyKad kepada juruwang
  4. Juruwang imbas MyKad anda menggunakan mesin POS
  5. Masukkan PIN 6 digit anda
  6. Selesai. Amaun ditolak dari kredit dalam MyKad

Nota: Pengguna kali pertama perlu tukar PIN sementara kepada PIN baru pilihan anda.

Senarai Kedai Yang Menerima eWallet MyKad

Lebih 4,100 kedai berdaftar seluruh Malaysia:

Pasar RayaStatus
MydinBerdaftar
GiantBerdaftar
EconsaveBerdaftar
99 SpeedmartBerdaftar
Lotus’sBerdaftar
HeroMarketBerdaftar
TF Value-MartBerdaftar
AEONBerdaftar
Family StoreBerdaftar

Senarai penuh kedai berdekatan anda boleh disemak di app.mykasih.net/sara2/merchant-list.

Apa Yang Boleh Dibeli?

Kredit ini hanya boleh digunakan untuk barangan keperluan asas sahaja:

  • Beras, telur, roti, minyak masak
  • Mi segera, bihun, tepung gandum
  • Biskut, makanan dalam tin
  • Minuman asas (Milo, teh, kopi, susu)
  • Produk penjagaan diri dan kebersihan
  • Ubat-ubatan asas
  • Kelengkapan sekolah

Tidak boleh beli: Rokok, alkohol, elektronik, dan barangan basah seperti sayur, daging, dan ikan.

Baki Tidak Hangus Setiap Bulan

Baki yang tidak digunakan bulan ini akan dibawa ke bulan seterusnya. Jadi anda tidak perlu risau jika tidak sempat berbelanja.

Namun, semua baki yang masih tinggal pada 31 Disember 2026 akan hangus. Pastikan anda gunakan sepenuhnya sebelum tarikh tersebut.

Pertanyaan Lanjut

  • Talian MyKasih: 03-7720 1800
  • BKK HASiL: 1-800-88-2747
  • Portal SARA: sara.gov.my